Monday, December 10, 2018

Perdebatan RUU Pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971


Ucapan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Rang Undang-Undang Pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pada 10-Disember-2018

Saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-Undang Pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Kalau kita imbas balik legislative history untuk AUKU.  Akta ini yang diwujudkan pada tahun 1971 telahpun dipinda 6 kali sepanjang kewujudannya. 1971, 1975, 1983, 1996, 2009 dan 2012.  

Saya mengalu-alukan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30). Satu milestone untuk student activism untuk kampus di Malaysia.   Tetapi, satu Quick Fix.  
(a)    Seksyen 15(2) (c) Meniadakan larangan ke atas pelajar Universiti untuk terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Dengan pindaan yang dicadangkan, hak pelajar Unvesiti untuk menyertai aktiviti parti politik tidak lagi disekat.
(b)     Fasa 3 Kecualian untuk semua tindakan tatatertib terhadap on-going hendaklah dihentikan.

Saya mengharapkan satu overhaul terhadap AUKU untuk mengembalikan kebebasan akademik, kebebasan bersuara, kebebasan berfikir kepada mahasiswa/i, pensyarah universiti.

Pindaan Akta akan melibatkan Pelajar-pelajar IPTA, IPTS, Perguruan, UITM, UIA (ada kaedah pelajar sendiri). Tertinggal  pula Aswara – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang ditadbir di bawah Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653) di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Kenapa pelajar-pelajar Aswara tidak mendapat kebebasan seperti pelajar IPTA yang lain. Adakah ini satu overlook atau satu ketinggalan yang disengajakan?

Ini juga sejajar dengan proposal kerajaan untuk menurunkan usia pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Kebebasan berpolitik perlu ada prasyarat: kebebasan bersuara, kebebasan berfikir, hak autonomi persatuan-persatuan mahasiswa dan peranan mahasiswa/mahasiswi.

Saya juga mempunyai reservation di mana seksyen 15 dan seksyen 16 masih belum digugurkan dan saya meminta satu overhaul AUKU digantikan dengan sepenuhnya pada masa depan.

15. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.
 (2) Seseorang pelajar Universiti tidak boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; atau
 (c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus.


1.        Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar 16. (1) Jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti menjalankan urusannya dengan cara yang, pada pendapat Naib Canselor, boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan Universiti, atau kepada kepentingan atau kesentosaan mana-mana daripada pelajar atau pekerja Universiti, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana undangundang bertulis, Naib Canselor boleh, selepas memberikan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis, menggantung atau membubarkan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.

No comments: